Tetiba aku minat Cher Lloyd pulak..
suara dia cute je..
stylish...
aku paling minat lagu superhero..
tapi takde official video dia lah pulak... -_-"
serba sedikit biodata dia (ambil dari wikipedia)
Cher Lloyd is an English recording artist. Lloyd rose to fame when she finished fourth in the seventh series of The X Factor. Shortly afterwards, Lloyd was signed by Simon Cowell to Sony Music subsidiary Syco Music.
Born: July 28, 1993 (age 19), Malvern *sebaya aku tuu.. :D
|
* yang ni lagu with ur love ft mike posner..
try tengok cute tak dia?? haha :D
cantik kan dia??
gorgeous sangat...
oh ya! muka ada macam tasha shilla sikit.. hahaha :D
aku nak membebel...
tapi..
aku rasa apa yang aku bebel ni skema sangat lah..
aku nak cakap benda betul...
kalau guna bahasa aku, nanti macam tak betul lah pulak ape yang aku nak sampai kan..
ah..
lantak lah..
blog aku kan?
suka hati aku lah nak buat macam mana pun..
huauauauauauhahaha!!!
peace!!!

Percaya atau tidak?
Saya seorang yang pemalu?
Tak percaya???
Tak percaya sudah!
Hahaha :P (okay, joke saya tak kelakar pun)
Actually, perasaan malu itu sangat penting bagi seorang wanita Muslimah..
Perasaan malu yang mencerminkan keperibadian seorang wanita itu..
Semakin tebal sifat malu, semakin tinggi harga diri sebagai seorang wanita..
Kita lihat je lah zaman sekarang..
Sebahagian wanita hilang rasa malunya kepada orang lain..
Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh ditonjolkan... Disebabkan hilangnya perasaan malu, maruah juga turut digadaikan..
Tak percaya??
Baca ni..
- SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.
- Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.
- Sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.
- Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.
- Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.
PERKARA YANG SEDANG BERLAKU PADA MASA KINI RIGHT??
Now, sudah terbukti kebanyakan gejala sosial yang berlaku juga berpunca daripada hilang sifat malu dalam diri..
So, dengan adanya sifat malu yang tinggi dalam diri seseorang dapat menghindarkan diri daripada kejadian macam ni kan?
Tak perlulah nak menghina wanita pemalu ni sombonglah, ketinggalan zaman, kolot, tak bertamadun or whatever kata kata yang menyakitkan hati..
Kerana Malu itu melambangkan harga diri wanita itu tinggi.
Para wanita....
Jangan jadi seperti bunga mawar yang berduri tetapi jadilah seperti pokok semalu yang tersembunyi.

Assalamualaikum..
Hari ni saya just nak share tentang pentingnya solat..
Seperti yang kita tahu, Allah memerintahkan hamba hambanya untuk solat 5 waktu..
So, itu haruslah kita ikut kerana itu adalah perintah Allah..
Diingatkan..
SOLAT ITU PERINTAH ALLAH..
Banyak sebab dan kenapa kita harus menunaikan solat 5 waktu..
Salah satunya ialah solat 5 waktu dapat menghapuskan dosa dosa kita..
Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah RA katanya,
Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)?”
Para sahabat R.Anhum menjawab, “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran.” Rasulullah SAW bersabda, “Maka demikianlah juga solah lima waktu, melalui solah ALLAH TAALA akan mengampunkan dosa.”
Hazrat Abu Zar RA berkata,
“Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda, ” Wahai Abu Zar.” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapat keredhaan ALLAH TAALA, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad)
Bayangkan...
If dalam hidup, kita tak menunaikan solat, bagaimana dosa dosa kita dapat dihapuskan? Bagaimana jika kita mati sebelum sempat kita bertaubat kepada Allah?..
Solat juga menghindarkan kita dari melakukan perbuatan keji..
Solat itu tiang agama..
Solat itu wajib kepada seluruh umat Islam apabila seseorang itu telah cukup umur..
Solat itu wajib kepada umat Islam tidak mengira jantina lelaki ataupun perempuan..
Para perempuan tu akan bercuti semasa naik bendera merah.. hehe
Tapi bila dah habis cuti, jangan pandai pandai nak buat cuti sendiri ya??!
But kepada para lelaki, no cuti cuti malaysia okay??
diingatkan... NO CUTI CUTI !! (kecuali disebabkan keuzuran : sakit or sebagainya)
okay.. just tu je yang saya nak share pasal solat hari ni..
Lagipun solat bukan susah kan?
Seharian kita boleh tweet or online facebook 24 jam, takkan solat selama 5 ke 10 minit kita tak boleh buat??
Tanya pada diri kita balik okay??
Ingat,.. SOLAT ITU WAJIB TAU! JANGAN TINGGAL TINGGAL!
:) (peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk saudara saudara islam saya)
Assalamualaikum...
hello.. :D
ini blog pertama saya..
act, buat blog ni untuk isi masa lapang je..
tengok orang ada blog, nak ada blog jugak (mengada)..
macam best je kan?..
hmm..
hmmm....
tak tahu nak cakap apa sebenarnya.. haha..
takpelah..
nanti ada idea baru saya cakap lagi ye? hehe..
bye! :D
ehe..
blog kita dah siap..
thanks to bira.
dia yang tolong saya edit ni..
pandai dia edit.
kena dengan taste saya.
hewhew.
:3