//I'm Just an Ordinary Girl/

De'Owner


Assalamualaikum Chocolate(s) . Welcome to my Chocolate World . I'm Najihah Mohd Radzi, Upcoming 20 years old. Selamat bercomel-comel di blog saya.



Tagboard


!
Sing-A-Song ~



Credits


Template by : Farah Dini
Basecodes by : Nurul AtiQah
Edited by : Aweks Somel
Others:

----------------------------------------- Copyright© by Farah Dini 2012
-----------------------------------------
Assalamualaikum.. 
Hari ni saya just nak share tentang pentingnya solat.. 
Seperti yang kita tahu, Allah memerintahkan hamba hambanya untuk solat 5 waktu.. 
So, itu haruslah kita ikut kerana itu adalah perintah Allah.. 
Diingatkan.. 
SOLAT ITU PERINTAH ALLAH.. 
Banyak sebab dan kenapa kita harus menunaikan solat 5 waktu.. 
Salah satunya ialah solat 5 waktu dapat menghapuskan dosa dosa kita.. 

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah RA katanya, 

Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)?” 

Para sahabat R.Anhum menjawab, “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran.” Rasulullah SAW bersabda, “Maka demikianlah juga solah lima waktu, melalui solah ALLAH TAALA akan mengampunkan dosa.” 

Hazrat Abu Zar RA berkata, 
“Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda, ” Wahai Abu Zar.” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapat keredhaan ALLAH TAALA, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad) 

Bayangkan... 
If dalam hidup, kita tak menunaikan solat, bagaimana dosa dosa kita dapat dihapuskan?  Bagaimana jika kita mati sebelum sempat kita bertaubat kepada Allah?.. 

Solat juga menghindarkan kita dari melakukan perbuatan keji.. 
Solat itu tiang agama.. 
Solat itu wajib kepada seluruh umat Islam apabila seseorang itu telah cukup umur.. 
Solat itu wajib kepada umat Islam tidak mengira jantina lelaki ataupun perempuan.. 
Para perempuan tu akan bercuti semasa naik bendera merah.. hehe 
Tapi bila dah habis cuti, jangan pandai pandai nak buat cuti sendiri ya??!
But kepada para lelaki, no cuti cuti malaysia okay?? 
diingatkan... NO CUTI CUTI !! (kecuali disebabkan keuzuran : sakit or sebagainya) 

okay.. just tu je yang saya nak share pasal solat hari ni.. 
Lagipun solat bukan susah kan? 
Seharian kita boleh tweet or online facebook 24 jam, takkan solat selama 5 ke 10 minit kita tak boleh buat?? 
Tanya pada diri kita balik okay?? 
Ingat,.. SOLAT ITU WAJIB TAU! JANGAN TINGGAL TINGGAL! 
:) (peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk saudara saudara islam saya)